• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada kontinjen Universiti Malaya yang telah merangkul gelaran Johan Keseluruhan bagi Pertandingan Ihtifal Institusi Pengajian Tinggi Peringkat Kebangsaan 2024. Program ini merupakan anjuran Universiti Teknologi Nasional (UNITEN) dan Sahabat Pusat Islam UNITEN dengan kerjasama Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Institusi Tinggi Malaysia, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS).

Saudara Asyraf Khan Razen Khan dan Saudari Nur Izzati Norazmi telah dinobatkan sebagai Johan Hafazan 1-20 Juzuk bagi kategori Lelaki dan Perempuan. Masing-masing membawa pulang hadiah berupa Piala, Mock Cheque bernilai RM1000. Tersenarai merupakan para pemenang yang telah mendapat tempat di dalam pertandingan tersebut.

Johan Hafazan 1-20 Juzuk (L)

RM 1000.00

Asyraf Khan Razen Khan

Johan Hafazan 1-20 Juzuk (P)

RM 1000.00

Nur Izzati Norazmi

Naib Johan Festival Nasyid

RM 2000.00

CG Malaya

Naib Johan Pidato Hal Ehwal Islam (P)

RM 800.00

Tuan Eleyna Fatin Tuan Hasmazli

Tempat Ketiga Hafazan 1-30 Juzuk

RM 800.00

Siti Hajar Abd Hamid

Tempat Ketiga Seni Khat

RM 400.00

Hafizul 'Abqari Auji Ismail

Kumpulan Nasyid CG Malaya telah berjaya merangkul gelaran Naib Johan dan telah membawa pulang hadiah berupa Piala, Mock Cheque yang bernilai RM2000. Kumpulan ini telah dipimpin oleh En. Muhammad Noor Izzat bin Haji Suhani dan En. Syafizal Syazlee selaku jurulatih nasyid dengan kekuatan ahli seramai 8 orang yang merupakan pelajar daripada Akademi Pengajian Islam telah membawa dua buah lagu yang berjudul 'Wahdah Ummah' dalam bentuk Acapella dan lagu kedua berjudul 'Warkah Untukmu' yang liriknya telah pun digubah oleh Saudara Firdaus Azhar yang merupakan pelajar Universiti Malaya sendiri.

Majlis Penutup Pertandingan Ihtifal Institusi Pengajian Tinggi Peringkat Kebangsaan 2024 telah diserikan dengan kehadiran Naib Canselor UM, Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, Pengarah Pusat Keusahawanan dan Pembangunan Pelajar HEP, Prof Madya Dr. Shakirin Mispan, Dekan APIUM, Profesor Dr. Mohd Fauzi Hamat serta Pn. Barirah Md Husin, Ketua Pegawai Kebudayaan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Syabas dan Tahniah sekali lagi diucapkan kepada para pemenang!

Highlights