03-7967 3506 hep@um.edu.my


GREaT: PORTAL SEHENTI GRADUAN 


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengambil inisiatif membangunkan satu portal sehenti iaitu Graduates Reference Hub for Employment and Training atau GREaT.

 

Objektif utama pembangunan portal ini adalah untuk mewujudkan gerbang tunggal maklumat berkaitan dengan pembangunan kerjaya serta peluang untuk meningkatkan kebolehpasaran dalam kalangan graduan dan juga bakal graduan.

 

Antara perkhidmatan penting yang disediakan di portal GREaT adalah permohonan PENJANA KPT-CAP dan Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG).

 

💼 PENJANA KPT-Career Advancement Program (CAP):

 

📌  Merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu graduan memperolehi pekerjaan.

 

📌  Memberi peluang kepada graduan untuk mengikuti program Place and Train, keusahawanan dan Gig Economy melalui kerjasama IPT dan industri bagi membantu mengurangkan pengangguran serta meningkatkan/mengekalkan kemahiran. 

 

📌  Senarai program akan ditambah dari semasa ke semasa.

 

📌  Graduan tahun 2019 (belum bekerja) dan 2020 boleh mengemukakan permohonan sehingga tahun 2021.

 

Berikut merupakan syarat umum untuk menyertai program PENJANA KPT-CAP:

a)    Warganegara Malaysia.

b)    Graduan Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti.

c)    Graduan 2019 yang belum bekerja dan graduan tahun 2020.

d)    Graduan peringkat pengajian Sarjana Muda/Diploma/Sijil. Graduan peringkat Sijil bagi Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja.

e)    Belum ditawarkan sebarang program di bawah PENJANA.

f)     Penyertaan adalah PERCUMA.

🎓 Sistem Kajian Pengesanan Graduan 1 (SKPG 1) dan SKPG 2.0:

 

📍  Kajian tahunan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

 

📍  Mengetahui status pekerjaan setelah tamat pengajian.

 

📍  Mendapatkan pandangan graduan berhubung program pengajian, kemudahan dan perkhidmatan institusi pendidikan tinggi masing-masing.

 

📍  Graduan boleh sentiasa mengemaskini maklumat pekerjaan melalui SKPG 2.0.

 

Layari portal GREaT melalui pautan http://great.mohe.gov.my untuk maklumat lanjut.

 

Sekian, terima kasih.

Last Updated: 12/05/2021