03-7967 3506 hep@um.edu.my

PENJANA KPT-CAP

Program PENJANA KPT-CAP memberi peluang kepada graduan untuk mengikuti program Place and Train, keusahawanan dan Gig Economy melalui kerjasama IPT dan industri. Senarai program akan ditambah dari semasa ke semasa. Graduan tahun 2019 (belum bekerja) dan 2020 boleh mengemukakan permohonan sehingga tahun 2021.

Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia
  2. Graduan Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti.
  3. Graduan 2019 yang belum bekerja dan graduan tahun 2020.
  4. Graduan peringkat pengajian Sarjana Muda/Diploma/Sijil. Graduan peringkat Sijil bagi Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja.
  5. Belum ditawarkan sebarang program di bawah PENJANA.

Permohonan perlu melalui portal GREaT (http://great.mohe.gov.my).

Graduates Reference Hub for Employment and Training (GREaT) adalah portal sehenti kepada graduan untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang kerjaya, program dan tips meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Saudara/i graduan tahun 2020 dan 2019,

PROGRAM PENJANA KPT - CAP UNTUK GRADUAN 2020 DAN 2019 YANG MASIH BELUM BEKERJA
-  KEMAHIRAN PENGLIHATAN KOMPUTER & KECERDASAN BUATAN/COMPUTER VISION AND ARTIFICIAL INTELLIGENCE

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

 2.       Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Urusan Kebolehpasaran Graduan dan Kerjaya (UKK), Pusat Kebolehpasaran Graduan, Keusahawanan dan Pembangunan Pelajar (PKGKPP), Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) telah berjaya mendapat dana di bawah program PENJANA KPT-CAP untuk program ini. 

3.         Program ini disasarkan kepada graduan 2020 dan 2019 yang berstatus “Belum Bekerja” seperti yang tersenarai dalam Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG).  Berikut merupakan maklumat program:       

  1. Program yang dijalankan secara fizikal di UM ini akan mengambil masa selama 42 hari.
  2. Pelaksanaan program dijadualkan pada Februari hingga Mac 2021.
  3. Makanan, pengangkutan dan penginapan disediakan sepanjang program.
  4. Sijil kompetensi diberikan kepada mereka yang mengikuti program dan lulus ujian.
  5. Tiada bayaran dikenakan (percuma).
  6. Terhad kepada 50 peserta.
  7. Jaminan pekerjaan oleh pihak Skymind Holding Berhad (lokasi KL/Pulau Pinang)

4.    Sehubungan itu,  graduan 2020 dan 2019 yang "Belum Bekerja" perlu membuat permohonan melalui portal Great menerusi link berikut:  http://great.mohe.gov.my/

5.    Permohonan program ini telah mula dibuka kepada semua pelajar IPTA.  Graduan UM perlu membuat permohonan secepat mungkin agar peluang untuk menyertai program ini adalah lebih baik.  Ini kerana sistem akan ditutup selepas kuota 50 permohonan diterima. 

6.       Syarat permohonan adalah seperti berikut:       

  1. Terbuka kepada graduan Ijazah Dasar sahaja;
  2. Terbuka kepada graduan Warganegara sahaja; dan
  3. Program hanya untuk 50 orang peserta dan berdasarkan permohonan terawal diterima.
  4. Bidang Pengkhususan: Computer Science / Statistics / Mathematics / Electronic Engineering 

         Nota:

                 (i)   Fundamentals in programming languages such as Java, Python or others
                (ii)   Good analytical and problem solving skills
                (iii)  Preferably with impressive Github repositories
                (iv)  AI-related projects

Diharap graduan yang berkelayakan akan memohon program ini.

Terima kasih.

Last Updated: 17/12/2020