03-7967 3506 hep@um.edu.my

UM pindah ilmu akuaponik di pedalaman Thailand

Home / News

Sinar Harian (Kampus UOLS)  |  3 Jun 2019

Isu keselamatan makanan dan urbanisasi merupakan isu yang saling berkait apabila memerihalkan kelestarian alam sekitar. Peningkatan jumlah penduduk yang mendadak di kawasan bandar akan memberi kesan langsung kepada pelbagai aspek sosioekonomi kependudukan, termasuklah pembekalan sumber makanan. Industri penghasilan dan agihan makanan akan membebankan sumber alam, jika tidak diuruskan dengan baik.

Atas kesedaran itu, sekumpulan 29 sukarelawan Universiti Malaya (UM) dari Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shahbersama penasihat program, Dr. Mohd. Istajib Mokhtar, pensyarah kanan Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Fakulti Sains UM telah mengambil inisiatif untuk berkongsi maklumat mengenai solusi kepada permasalahan alam sekitar bersama penduduk pekan Chana yang terletak di pedalaman selatan Thailand.

 

Last Updated: 08/07/2019