03-7967 3506 hep@um.edu.my

UM bantu perkembangan psikologi penghuni Baitul Ehsan

Home / News

Sinar Harian (Kampus UOLS)  |  26 Julai 2019

Kemahiran  mengurus diri bukan sahaja menjurus kepada komponen fizikal, malah turut meliputi aspek mental seperti pengurusan emosi, tekanan dan konflik. Kesihatan mental yang baik mampu memberi kesan positif terhadap individu dan orang lain di sekeliling, terutamanya ahli keluarga dan masyarakat.

Penerapan kemahiran ini menjadi semakin mencabar untuk segmen masyarakat yang minoriti dan terpinggir. Atas kesedaran ini, sekumpulan 28 mahasiswa dan penyelidik Universiti Malaya (UM) dari jurusan Pendidikan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, telah menyantuni pelatih berstatus ibu tunggal di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Sabak Bernam, Selangor baru-baru ini.

“Antara lainnya, pelatih yang terpilih akan diperkasa dengan kemahiran asas untuk membantu mereka mengenal pasti dan mengurus perkembangan psikologi diri dan individu di sekeliling mereka. Ini adalah bagi membantu pihak pengurusan Baitul Ehsan memastikan pelatih yang holistik apabila dibebaskan kelak, dengan kemahiran asas dari aspek jasmani, rohani, intelek, dan emosi,” kata Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan UM, Dr. Rafidah Aga Mohd. Jaladin yang merupakan ketua penyelidik program ini.

Sila TEKAN SINI untuk melihat paparan penuh artikel ini.

Last Updated: 09/08/2019