03-7967 3506 hep@um.edu.my

Sukarelawan UM bina asas kejayaan pelajar

Home / News

Sinar Harian (Kampus UOLS)  |  23 Julai 2019

Pembangunan sahsiah pelajar merupakan satu satu aspek pembelajaran yang sangat ditekankan di pelbagai peringkat. Atas keinginan mengambil peluang memainkan peranan sebagai salah sebuah agen perubahan masyarakat, sekumpulan 34 mahasiswa Universiti Malaya (UM) daripada pelbagai latar belakang pengajian telah mendekati lebih 1,000 pelajar dari tujuh buah sekolah di seluruh negara.

Program yang dinamakan ‘Hayya ‘Alal Falah’ (HAF) anjuran Sekretariat Sukarelawan UM (SEKRUM) ini merupakan program tahunan yang telah diadakan sejak tahun 2017.

“Untuk edisi kali ini, kami turut melebarkan sayap ke negeri Kedah, apabila sempat menyantuni pelajar SK Ulu Melaka dan SMK Ayer Hangat di Langkawi,” kata Nur Nabilah Zamzuri, 21, mahasiswa tahun kedua jurusan Kejuruteraan Bioperubatan UM yang merupakan pengarah program.

Sila TEKAN SINI untuk melihat paparan penuh artikel berkenaan.

Last Updated: 01/08/2019