03-7967 3506 hep@um.edu.my

Sukarelawan UM anjur program khatan kanak-kanak di selatan Thailand

Home / News

Sinar Harian (Kampus UOLS)  |  23 Julai 2019

Seramai 29 sukarelawan dari Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah, Universiti Malaya (UM) telah menganjurkan program berkhatan bersama 33 kanak-kanak berusia antara 5 dan 7 tahun di Chana, Songkhla, Thailand baru-baru ini.

“Untuk penduduk Islam yang merupakan kumpulan minoriti di negara Thailand, terdapat kekangan untuk melaksanakan amalan-amalan yang mungkin menjadi kebiasaan di negara kita, seperti berkhatan. Dengan adanya program sebegini, bukan sahaja akan memberi peluang kepada penduduk di sini untuk memenuhi salah satu amalan sunnah, malah turut membenarkan mahasiswa UM dari pelbagai latar belakang untuk mengambil peranan sebagai ahli masyarakat serantau yang prihatin,” kata Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Fakulti Sains UM, Dr. Mohd. Istajib Mokhtar, yang merupakan penasihat program.

Sila TEKAN SINI untuk melihat paparan penuh artikel berkenaan.

Last Updated: 26/08/2019