03-7967 3506 hep@um.edu.my

Royal Panthers Softball Academy (RPSA) 2019

Home / News

ROYAL PANTHERS SOFTBALL ACADEMY (RPSA) 2019


Program Royal Panthers Softball Academy (RPSA) 2019 ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kemahiran dan sukan sofbol kepada kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 5 hingga 17 tahun. Program ini berdurasi selama 12 minggu bermula daripada Ogos ini dan dijangka berakhir pada Oktober 2019. RPSA 2019 ini turut dikelola oleh pasukan sofbol Universiti Malaya, Panthers UM, yang telah dinobatkan sebagai Juara di peringkat antarabangsa bagi merebut Piala Sofbol Prince of Songkhla University (PSU) 2019, di Thailand, baru-baru ini. Sila TEKAN SINI untuk melihat paparan lanjut mengenai kejayaan mereka di Thailand!

Selain itu, antara kelebihan program ini adalah peserta akademi akan dilatih oleh jurulatih yang berpengalaman luas dalam bidang sofbol yang mempunyai kemahiran yang tinggi dan mempunyai sijil kejurulatihan dalam sukan sofbol yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Oleh kerana pasukan sofbol wanita Universiti Malaya, Panthers UM telah mempunyai kedudukan yang terbaik antara pasukan-pasukan di Malaysia, maka hasrat pihak kami untuk melihat anda dan anak-anak anda menyertai akademi ini amatlah tinggi.

Sekiranya berminat, sila isi dan hantarkan borang permohonan secara dalam talian kepada pihak Panthers UM di LINK INI. Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Sila hubungi kami di talian berikut:

     018-777 7498 (Cik Fatin)
     016-381 4247 (Cik Dhiya)

Last Updated: 25/07/2019