03-7967 3506 hep@um.edu.my

Pelawak tradisional Melayu: Persiapan, konsep dan teknik humor

Home / News

Sinar Harian (Kampus UOLS)  |  04 Februari 2019

Perwatakan humor atau komedi, kelakar, jenaka dan lawak wujud dalam setiap seni persembahan tradisional di dunia dengan nama yang tersendiri mengikut budaya dan genre. Sebagai contoh; Auguste dan Badin (Zaman Pertengahan, Perancis), Bobo (Spain 1500 SM), Buffoon, Cabotin (Itali 1500 SM), Chou (Wayang Kulit China), Hanswurst (German dan Austria 1700 M), Harlequin (Persembahan Commedia Del Arte), Kartala dan Penasar (Dramatari di Bali), Semar (Wayang Kulit Jawa), Vidusaka dan Vita (India), Nibhatkin (Burma) dan lain-lain lagi.

Di dalam teater tradisional Melayu, watak orang yang berperwatakan humor wujud dalam pelbagai genre persembahan seperti Mak Yong, Menora, Jikey, Hamdolok dan Mek Mulung. Ia dikenali dengan pelbagai gelaran seperti Peran Tua dan Muda, Awang, budak Raja, ‘orang suruhan Raja’, Awang PengasuhAwang Mindung Pengasuh (awe) atauPengasuh Raja dalam setiap cerita yang dipersembahkan. Fungsinya bukan sekadar pelawak, ahli lawak atau ‘orang kelakar’, malah lebih dari itu.

Sila TEKAN SINI untuk melihat paparan penuh artikel berkenaan.

Last Updated: 08/02/2019