03-7967 3506 hep@um.edu.my

Menyantuni penghuni Rumah Puteri Arafiah

Home / News

Utusan Online  |  01 Ogos 2019

Kokedama merupakan satu teknik menanam tumbuhan hiasan yang berasal dari Jepun. Teknik yang membawa maksud ‘bebola lumut’ itu merupakan kombinasi beberapa teknik tanaman tradisional Jepun yang lain iaitu nearai, bonsai dan kusamono. “Berbeza dengan bonsai, jenis tanaman yang sesuai untuk kokedama terhad kepada tanaman herba, renek dan berbatang lembut sahaja,” kata pelajar tahun akhir Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Nur Anis Alya Rospe, 22, di Shah Alam, baru-baru ini. Dia dan sekumpulan 29 sukarelawan UM dari Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah mengendalikan bengkel kokedama bersama 50 pelatih di Rumah Puteri Arafiah, Shah Alam, Selangor.

Selain mempelajari seni tanaman kokedama, pelatih turut didedahkan dengan teknik etika pemakanan formal, pembangunan perniagaan dan penjagaan serta penampilan diri oleh wakil syarikat tatarias, Mary Kay. Peserta turut diajar cara-cara penyediaan Vietnamese roll dan biskut epal sebelum diakhiri dengan slot motivasi diri kendalian Muhammad Luqman Hakim Othman, juara program realiti Da’i Pendakwah Nusantara musim kelima.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan UM, Dr. Khairunnisa Hasikin, 33, yang juga penasihat program, berkata, program menyantuni masyarakat merupakan kaedah yang sesuai dan banyak diaplikasikan dalam usaha pembangunan mahasiswa.

Last Updated: 09/08/2019