03-7967 3506 hep@um.edu.my

Mahasiswa sembilan negara bersihkan pantai

Home / News

Kosmo  |  24 Januari 2019

Seramai 72 orang mahasiswa daripada sembilan negara menyertai program antarabangsa tahunan Asian Students Environmental Platform membersihkan pantai Pulau Carey, Selangor baru-baru ini.

Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Kimia, Universiti Malaya (UM) merangkap penyelaras program, Dr. Fathiah Mohamed Zuki, program anjuran Yayasan Alam Sekitar AEON Jepun dengan kerjasama Pusat Komuniti dan Kelestarian Universiti Malaya (UMCares) itu disertai oleh pelajar dari China, Thailand, Jepun, Vietnam, Korea, Kemboja, Indonesia, Myanmar dan Malaysia.

Last Updated: 29/01/2019