03-7967 3506 hep@um.edu.my

Lawatan ilmiah beri pengalaman mahasiswa UM lihat sendiri aplikasi teknologi hijau

Home / News

Sinar Harian (Kampus UOLS)  |  03 Julai 2019

Sekumpulan 25 mahasiswa dari program Sarjana Muda Sains Pengurusan Alam Sekitar dari Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM) telah mengambil bahagian dalam lawatan ilmiah ke Taman Tenaga Boleh Baharu Bersepadu Cypark, di Pajam, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Lawatan ilmiah ini memberi peluang kepada mahasiswa untuk melihat sendiri bekas tapak pelupusan sampah yang telah ditukarkan kepada taman tenaga suria dan biogas yang kini memiliki kapasiti penjanaan 13MW tenaga elektrik, cukup untuk menyokong penggunaan tenaga bagi lebih kurang 17,000 buah rumah. Taman Tenaga Boleh Baharu seluas 64 ekar ini mengaplikasikan konsep pengurusan alam sekitar yang digabungkan dengan kecekapan kejuruteraan tenaga terkini.

Dr. Zul Ilham Zulkiflee Lubes, Penyelaras Program Sains Pengurusan Alam Sekitar UM yang mengetuai delegaasi lawatan ini berkata, lawatan ilmiah seperti ini telah menjadi ciri tetap pengalaman pembelajaran mahasiswa dalam program, terutamanya dalam kursus Teknologi Boleh Baharu.

Sila TEKAN SINI untuk melihat paparan penuh artikel berkenaan.

Last Updated: 01/08/2019