03-7967 3506 hep@um.edu.my

Dedah Sains Aktuari kepada pelajar sekolah

Home / News

Sinar Harian (Kampus UOLS)  |  30 Januari 2019

Sains Aktuari merupakan cabang bidang sains yang menggunakan kaedah-kaedah matematik dan statistik untuk menilai risiko di dalam bidang kewangan, insurans dan perbankan. Bidang kerjaya yang melibatkan kepakaran dalam Sains Aktuari juga amat luas, kerana memerlukan individu yang bukan sahaja mahir dalam proses analisis statistik, namun mampu menyampaikan analisis yang dibuat melalui kaedah komunikasi yang bersesuaian.

Atas inisiatif ingin berkongsi platform terbaik dan bermanfaat kepada industri dan masyarakat, terutamanya pelajar sekolah, Persatuan Matematik dan Aktuari Universiti Malaya (UMACT) telah mengadakan sebuah program pendedahan dan perkongsian ilmu sains aktuari kepada lebih 100 pelajar sekolah menengah dari seluruh negara. Program yang dinamakan ‘Kem Aktuari Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan’ (NSACT) telah diadakan di Universiti Malaya (UM), dan disertai oleh pelajar yang bakal menghadapi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Sila TEKAN SINI untuk melihat paparan penuh artikel berkenaan.

Last Updated: 11/02/2019