03-7967 3506 hep@um.edu.my

KOLEJ KEDIAMAN BESTARI

Kolej Kediaman Keempat, Universiti Malaya atau juga dikenali dengan nama Kolej Kediaman Bestari telah berdiri teguh di atas bumi Universiti Malaya sejak bulan Ogos 1963. Pada awal penubuhannya, hanya terdapat tiga blok penginapan iaitu Blok A, B dan C dan bagi menampung pertambahan bilangan mahasiswa UM, satu bangunan tambahan (Blok D) telah dibina pada 1971. Bahagian pentadbiran kolej pula terletak di aras bawah Blok C, yang merangkumi Pejabat Am, Kaunter Kunci, Bilik Mesyuarat serta Bilik Felo. Selain itu, terdapat juga infrastruktur lain yang disediakan seperti Dewan Bestari, Bilik Muzik, Bilik-bilik aktiviti pelajar, bilik seminar serta surau untuk kegunaan bersama para pelajar. Sehingga kini, kolej ini mampu menempatkan 650 orang pelajar ijazah dasar yang kebanyakkanya merupakan pelajar daripada Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial dan beberapa fakulti yang lain. Selain itu, kolej ini juga ada menyewakan bilik-bilik kepada pelajar ijazah tinggi.

Tampuk pentadbiran kolej sentiasa berubah-ubah dari semasa ke semasa. Namun, pengurusan kolej yang diterajui oleh Prof. Madya Dr. Jal Zabdi Mohd Yusoff selaku Pengetua Kolej, dibantu oleh 4 orang felo, 2 orang pembantu felo serta 19 staf kolej selama 3 tahun bermula 2013 telah banyak membawa Kolej Kediaman Keempat menjadi sebuah kolej yang disegani. Banyak perubahan yang telah dilakukan untuk memberi keselesaan kepada para pelajar. Oleh yang demikian, bersama-samalah kita sebagai warga Kolej Kediaman Keempat menjaga kemudahan serta harta benda kolej ini sebaiknya.

Semoga semua mahasiswa khususnya penghuni Kolej Kediaman Keempat memperolehi kejayaan sama ada dalam bidang akademik mahupun kepimpinan apabila melangkah keluar dari kolej kediaman ini.

PENGETUA
PROF. MADYA DR. WAN HIMRATUL AZNITA
aznita@um.edu.my

WHAT DO WE OFFER?

 Residence Open To  Undergraduates
 Capasity  650 tenants
 Number of Blocks  3 blocks for female students, 1 block for male students
 Accommodation Rate  Without food :
  1. RM7.00 per day (Tripple sharing basis accommodation).
  2. RM7.50 per day (Twin sharing basis accommodation).


FACILITIES

  1. Tennis court
  2. Sepak Takraw court
  3. Volleyball court
  4. Groceries Shop
  5. Photocopy centre
  6. Surau
  7. Multi purpose room
  8. ICT room
  9. Cafeteria
  10. Food stalls
  11. Bestari Hall Wireless connection

CONTACT INFORMATION

    Please CLICK HERE for more colleges

Last Updated: 10/07/2019