PERBADANAN ISLAM JOHOR (BANTUAN PERSEDIAAN KE IPTA) BAGI TAHUN 2012

 
Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Islam Johor akan menyediakan Bantuan Pelajar ke IPTA untuk anak jati Johor yang akan mendaftarkan diri di Universiti Malaya bagi kemasukan tahun 2012.

 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BANTUAN PERSEDIAAN KE IPTA

1.    Pemohonan mestilah anak jati Negeri Johor (menetap sekurang-kurangnya 5 tahun di Negeri Johor)

2.    Pemohon adalah yang mengambil kursus Ijazah/Diploma pertama sahaja.

3.     Pendapatan kasar bulanan keluarga pemohon RM3,000.00 dan ke bawah serta mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang tanggungan yang masih bersekolah sama ada di sekolah Rendah / Menengah / IPTA.

4.    Hanya pelajar Institut Pengajian Awam (IPTA) secara sepenuh masa sahaja yang layak memohon

5.    Pelajar Politeknik dan Matrikulasi tidak layak untuk memohon.

6.    Pemohon merupakan tahun pertama pengajian dan bukan dikalangan yang sudah/sedang menuntut.

7.    Borang dan dokumen sokongan hanya boleh disahkan oleh Wakil Rakyat sahaja .

8.    Ibu/bapa pemohon yang tidak mempunyai slip pendapatan hendaklah membuat surat akuan dan disahkan oleh Wakil Rakyat sahaja

9.    20 IPTA yang diiktiraf adalah seperti berikut:-
  • Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
  • Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaysia Perl is (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Univeriti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (UTeM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)

10.   Semua permohonan hendaklah dibuat melalui borang yang telah disediakan oleh Perbadanan Islam Johor ( PIJ ) yang boleh didapati di laman web : http://www.pij.gov.my .

SEBARANG PERTANYAAN

PERBADANAN ISLAM JOHOR
(Bahagian Pembangunan Insan)
Aras 6, Bangunan PERISIND
No. 8, Jalan bukit Timbalan
80000 Johor Bahru
Tel : 07-2276223/ 6197
Faks : 07-2272991
-- 
_______________________________

Urusan Penajaan Kewangan Pelajar
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Malaya
 
<< Back
 
 
CCM 2.0 EDi - Copyright © 2008 - 2014 Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA.